Info Terkini :

Azraai Tidak Mahu Bawa T-Team Ke Liga Perdana

KUALA TERENGGANU: Jurulatih T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan kelab dari Terengganu itu turun ke Liga Perdana.

Sebab itu katanya, beliau akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi pasukan bimbingannnya dalam perlawanan akan datang.

"Saya tidak mahu cipta sejarah jadi jurulatih yang pertama mambawa pasukan T-Team masuk ke dalam Liga Perdana tahun depan," katanya kepada pemberita selepas T-Team bertemu Selangor PKNS di sini malam tadi.

T-Team mengalahkan Selangor PKNS 2-0 untuk melonjak ke tangga sembilan Liga Super dan akan bertemu Perak malam ini di Ipoh.

Namun beliau kurang berpuas hati kerana masih terdapat kelemahan dalam T-Team. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.