Info Terkini :

Skuad Penyu Leka, Harimau Selatan Raih Kemenangan

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas takhta Liga Super daripada Selangor selepas menjinakkan Terengganu 4-3 pada saingan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Walaupun tuan rumah tampak ketinggalan selepas skuad Peteh bermula garang menerusi dua jaringan Moustapha Dabo dan Mohd Nor Farhan Muhamad, namun dua ledakan Jorge Pereyra Diaz dan Mahali Jasuli selepas itu menyaksikan kebangkitan skuad Harimau Selatan.

Anak didik Abd Rahman Ibrahim tidak mengambil masa lama untuk mengejutkan tuan rumah apabila sepakan percuma Dabo pada minit ketiga menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum skuad Peteh lagi pada minit ke-16, berpunca daripada sepakan lintang Mohd Ashari Samsudin yang mudah disudahkan Mohd Nor Farhan.

Kukuh kedudukan

Begitupun, selepas mengasak bertubi-tubi akhirnya skuad bimbingan Bojan Hodak berjaya juga memecah kebuntuan apabila Diaz menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-21 hasil hantaran Mahali, sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi sepakan percuma.
JDT terus mendahului pasukan Terengganu pada minit ke-44 menerusi Mahali yang bijak menghukum tampanan tidak kemas Mohd Sharbinee Allawee yang sebelum itu menyelamatkan sepakan Mohd Amri Yahyah.

Sebaik perlawanan separuh masa kedua disambung, JDT terus menguasai rentak permainan dan hasilnya pada minit ke-53, skuad Harimau Selatan berjaya mengukuhkan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan Diaz untuk sekali gus catatan hatriknya.

Terengganu cuba bangkit selepas itu, namun beberapa cubaan pasukan berkenaan dapat diselamatkan Izham Tarmizi. Gol ketiga pelawat hadir juga pada minit ke 83 hasil jaringan Vincent Bikana, namun ia tidak cukup menghalang tuan rumah menang 4-3. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.