Info Terkini :

Terengganu Enggan Berputih Mata Lagi

Kuala Terengganu: Dua kekalahan berturut-turut dengan jumlah bolos yang sama, 1-4 kepada Selangor dan 3-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), membuatkan Terengganu mengambil pendekatan berwaspada apabila turun bertemu kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Hal ini diakui ketua pasukan skuad Penyu Zairo Anuar Zailani yang membayangkan ujian sukar bakal menanti pasukannya kerana corak lawan yang sentiasa berbeza apatah lagi mereka masih segar dengan kejayaan menundukkan Perak, 4-0.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beraksi di laman sendiri bukan kelebihan apatah lagi skuad bimbingan Ismail Zakaria itu pasukan liat untuk dijinak seperti ketika menewaskan Terengganu 2-3 dalam aksi pusingan pertama.

“Tumpuan kami untuk mengutip tiga mata bukannya seri selepas dua kekalahan berturut-turut, justeru dengan kekuatan lawan yang tidak kurang hebatnya kami perlu menggandakan asakan untuk memburu kemenangan.

“Selain itu, saya harap barisan pertahanan lebih disiplin mengekang asakan lawan serta meminta jentera serangan diketuai Endres Estupinan dan Mustapha Dabo serta pemain tempatan, mengancam kubu lawan,” katanya.

Ketika ditanya misi pasukannya dengan baki tiga perlawanan termasuk bertemu Sime Darby, pemain berusia 32 tahun itu belum mahu mengangkat bendera putih untuk perebutan tangga teratas liga sebaliknya mahu fokus bagi mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.