Info Terkini :

Terengganu Bebas Tindakan Daripada FAM

Kuala Lumpur: Tiada sebarang tindakan bakal dikenakan terhadap Terengganu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan keputusan pasukan itu membuat pertukaran pemain pada saat akhir selepas senarai pemain dikeluarkan pada perlawanan dengan LionsXII Sabtu lalu tidak melanggar peraturan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, pihaknya sudah meneliti laporan perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu dan mendapati tiada kesalahan dilakukan tuan rumah memandangkan mereka hanya membuat pertukaran tiga pemain selepas pertukaran Mohd Nor Farhan Muhammad tidak dikira kerana dibuat sebelum sepak mula.

“Saya sudah merujuk perkara ini dengan sekretariat (FAM) dan mengesahkan Terengganu hanya membuat tiga pertukaran pemain, bukan empat seperti didakwa LionsXII dalam perlawanan itu. Memang Terengganu ada membuat pertukaran pemain dalam senarai dikeluarkan namun itu dilakukan sebelum sepak mula. “Sebarang pertukaran pemain sebelum sepak mula tidak dikira walaupun senarai itu sudah disahkan kedua-dua pasukan sebelum perlawanan,” katanya semalam.

Semalam Arena Metro melaporkan LionsXII mendakwa Terengganu membuat empat pertukaran pemain selepas skuad kendalian Abd Rahman Ibrahim itu mengeluarkan Nor Farhan daripada senarai awal pemain yang sudah ditandatangani kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan, untuk digantikan dengan Ahmad Nordin Alias. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.