Info Terkini :

Pesanan Terakhir Papa Jadi Azimat - Norfarhan

Mohd Nor Farhan Muhammad  atau dikenali sebagai `Ben10’ bukan sahaja kehilangan `peminat nombor satu’, malah pengkritik tegar yang bertanggungjawab menempatkan dirinya di persada bola sepak tanah air sebaris pemain profesional lain.

Pemergian bapanya, Muhamad Husin, 61, memberi kesan yang sangat mendalam kepada Nor Farhan, apatah lagi, arwah yang sentiasa memantau perjalanan kariernya sejak dulu sehingga akhir hayat itu,  dikatakan tidak pernah mengalami serangan jantung mahupun penyakit serius sebelum ini.

“Arwah papa juga sempat berpesan supaya  saya  fokus dan  melakukan yang terbaik kepada pasukan sebelum  perlawanan Terengganu menentang Lions  XII, malam kelmarin di sini (Kuala Terengganu) yang ternyata memberi hadiah bermakna dan terakhir disaksikan arwah dengan kesudahan kemenangan kepada Terengganu .

“Tidak sangka pula itu pesanan terakhir, sebelum beberapa jam kemudian arwah pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami dan seluruh keluarga. Kejadian ini amat mengejutkan kerana saya kini sudah tiada lagi seorang pengkritik dan teman yang setia dalam susah mahupun senang,” katanya kepada Teganukita.My hari ini.

Nor Farhan juga menyifatkan arwah bapanya sebagai seorang sahabat baik yang sentiasa memberi seratus-peratus sokongan moral dan menerapkan kata-kata perangsang  supaya ikhlas, jujur dan berfikiran positif sepanjang masa.

Menurutnya, segala pesanan, kenangan dan pengorbanan bapanya akan menjadi  azimat untuk dia mencipta kejayaan yang lebih baik dalam kariernya itu  di masa depan.

Dalam laporan terdahulu,  bapa kepada pemain bola sepak pasukan Terengganu, Mohd Nor Farhan Muhammad atau lebih dikenali sebagai ‘Ben10’ meninggal dunia petang semalam,  dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, bapanya, Muhammad Husin, 61, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.05 petang di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, Marang selepas mengadu sakit dada dan dibawa ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Allahyarham yang juga pesara kerajaan di Jabatan Pertanian, Ajil meninggalkan seorang isteri, Halijah Wahab, 60 dan lima orang anak, iaitu dua perempuan dan tiga lelaki termasuk Nor Farhan yang merupakan  anak ketiga. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.