Info Terkini :

T-Team Titans Optimis Benam Skuad Penyu

SELEPAS gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, T-Team yang diperkuat dengan import baharu yakin untuk mengutip tiga mata apabila berdepan pasukan 'abang', Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pengendali The Titans, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, skuadnya sudah tidak sabar untuk kembali memberi saingan selepas menjalani latihan sepanjang sesi rehat Liga Super.

“Saya sangat yakin bahawa pemain akan mempamerkan mutu permainan yang baik selepas menjalani kem latihan serta motivasi, baru-baru ini.

"Dengan kehadiran pemain baharu iaitu Goran Subara yang beraksi buat pertama kali bersama T-Team, saya percaya kami boleh meraih kemenangan esok (malam ini).

Subara, pemain kelahiran Australia diserap ke dalam pasukan bagi menggantikan Fabio Flor di bahagian pertahanan.

Pemain berusia 27 tahun itu pernah bermain dengan seorang lagi pemain import T-Team, Leandro Dos Santos dalam pasukan Bangkok Glass United di Thailand.

Dalam pada itu, Azraai mengharapkan kemenangan bagi memastikan pasukannya tidak tenggelam di dasar liga seterusnya beraksi di Liga Premier, musim depan.

Kini, pasukan berpangkalan di Kuala Terengganu itu menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 14 perlawanan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.