Info Terkini :

T-Team Mahu Menang Bertemu Kelantan

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab T-Team bertekad menyekat kemaraan pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.

Ketua Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah berkata biarpun prestasi pasukan 'The Red Warriors' itu menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini, namun itu sedikitpun tidak mematahkan semangat anak didiknya untuk menghalang pasukan itu mencipta kemenangan di tempat lawan.

"Jika kita lihat, pasukan Kelantan bangkit dan sering mencatat kemenangan dalam perlawanan sejak akhir-akhir ini. Jadi kita akan berusaha untuk mematahkan kemaraan Kelantan mencapai kemenangan, sekali gus dapat memenangi perlawanan nanti," katanya kepada pemberita, di sini.

Mohd Azraai berkata pada pusingan awal Liga Super, pasukan The Titans telah mengalami kekalahan 0-3 kepada kelantan ketika bertandang di tempat lawan.

Justeru beliau tidak mahu kesilapan yang dilakukan ketika pusingan awal lalu berulang di laman sendiri.

"Kedua-dua pasukan ingin mencatat mata penuh dalam perlawanan malam esok untuk memperbaiki kedudukan Liga Super. Kita sudah pasti ingin memperbaiki kedudukan untuk keluar dari zon penyingkiran.

"Kita tidak punyai pilihan lagi dan perlu mengutip seberapa banyak mata dalam baki saingan Liga Super," katanya yang meminta anak didiknya memberi tenaga sepenuhnya dalam baki enam perlawanan untuk memastikan terus berada dalam Liga Super pada musim hadapan.

Dalam pada itu, Mohd Azraai berkata persiapan pasukan The Titans sedikit terjejas berikutan beberapa pemain T-Team terlibat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis dan kekosongan itu telahpun diatasinya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.