Info Terkini :

Khairul Azhan Tekad Kekang Serangan Terengganu

BERAKSI di laman sendiri menyuntik motivasi penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid bagi menyekat serangan Terengganu menjelang pertembungan Liga Super di Kuantan, Sabtu ini.

Mohd Khairul atau mesra dengan panggilan Yan memberitahu mahu bertekad bagi memastikan gawang Tok Gajah tidak dibolosi lawan.

Pada pertemuan menentang Selangor 10 Mei lalu, rekod tanpa kalah Tok Gajah lebur selepas tewas 0-1.

Dalam perlawanan itu, Mohd Khairul tidak beraksi selepas mengalami kecederaan pinggang ketika latihan dan tempatnya digantikan Nasril Mat Nourdin.

“Saya tidak salahkan dia (Nasril), dia sudah beraksi sebaik mungkin. Cuma kita tidak bernasib baik pada hari itu.

“Tugas saya untuk kekal fokus dan memastikan gawang pasukan tidak menjadi mangsa lawan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia sedar berdepan Terengganu bukan tugas mudah kerana lawan pasti inginkan kemenangan sekali gus dapat memintas kedudukan Pahang.

“Lawan kini semakin rapat menghimpit kita dan dengan kejayaan Terengganu menewaskan Liosn XII menguatkan lagi tekad mereka untuk meraih tiga mata di sini (Stadium Darul Makmur).

“Namun, saya yakin dengan kerjasama rakan sepasukan, kami akan dapat mengekang lawan dan beraksi di gelanggang sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk meraih tiga mata,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.