Info Terkini :

Skuad Penyu Terapung, Aksi Hambar

TERENGGANU dilihat masih bergelut memperbaiki kedudukan carta Liga Super apabila sekadar terikat terikat satu sama ketika turun menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat lalu.

BELUM SELAMAT

Apa yang pasti keputusan seri itu belum cukup melegakan skuad Penyu terutamanya buat pengendali Terengganu apabila bekas ketua jurulatih PKNS FC perlu memastikan pasukannya melakarkan kemenangan ketika bertemu Lions XII.

Jika tidak, ketua jurulatih berpengalaman itu bakal berdepan tindakan direhatkan selepas Presiden, Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Mohd Nizam bangkit melaungkan amaran mengenakan tindakan tegas bukan sahaja kepada pemain bahkan ketua jurulatihnya sekiranya gagal memperbaiki prestasi pasukan sebaik saingan kembali bersambung selepas Liga Super berehat hampir tiga minggu.

Amaran itu diberikan selepas melihat prestasi pasukan Terengganu jatuh merundum sebaik pusingan kedua saingan Liga Super bermula dan skuad Penyu gagal meraih sebarangan kemenangan setelah dikejutkan dengan kekalahan di hadapan penyokong sendiri ketika bertemu Sarawak dan pasukan tercorot carta liga Perak, manakala melepaskan peluang menundukkan PKNS FC apabila terikat 2-2 biarpun skuad Penyu mendahului kedudukan pada perlawanan itu.

TETAP YAKIN

Walau bagaimanapun, Abdul Rahman Ibrahim tetap menaruh harapan tinggi anak didiknya mampu bangkit meraih kemenangan selepas aksi bertemu Selangor tempoh hari dan menganggap anak buahnya berjaya menampilkan aksi yang membanggakan berbanding tiga perlawanan sebelum ini.

Pengendali berusia 68 itu mengakui tugasnya kini lebih terarah memulihkan imej dan prestasi pasukan daripada memikirkan memperbaiki kedudukan carta Liga Super ketika ini.

Baginya, kedua-dua perkara utama itu perlu dipulihkan terlebih dahulu dalam meraih kemenangan kerana Terengganu telah memulakan saingan dengan baik sejak Liga Super membuka tirainya Januari lalu, namun prestasi merundum sejak aksi pusingan kedua bermula.

“Saya rasa kita sudah bersedia selepas ini, berdepan Lions XII , malah dua pemain import baharu kita juga sudah menunjukkan kemampuan masing-masing,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.