Info Terkini :

Prestasi T-Team Titans Meningkat

WALAUPUN gagal mencipta kemenangan ke atas Terengganu, pengendali T-Team. Azraai Khor Abdullah tetap berpuas hati keseluruhan permainan ditonjolkan anak didiknya pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, perkara mustahak melihat prestasi pemain mula mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan dilalui.

"Penting sekali apabila daripada segi persembahan, pemain ada menunjukkan sedikit perubahan. Saya puji kemampuan Leandro Dos Santos yang berjaya menguasai bahagian tengah dengan begitu baik.

"Lagi penting apabila penyerang import, Jimmy Mulisa dapat sentuhan gol pertamanya malam itu," katanya.

Pada aksi itu, Zairo Anuar Zailani meledak jaringan pembukaan menerusi sepakan percuma m-36 sebelum Jimmy muncul wira The Titans dengan gol penyamaan m-76. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.