Info Terkini :

Bahagian Serangan Skuad Penyu Kurang Berbisa

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim bimbang dengan prestasi penyerang pasukannya yang boleh dikatakan kurang menyengat apabila gagal menyudahkan beberapa peluang menarik ketika bertemu T-Team, Jumaat lalu.

“Ini kelemahan kami.

Kami banyak mencipta peluang.

Malangnya rangkaian penyerang kurang berbisa dan kurang bijak menyudahkan peluang biarpun sasaran sudah terbuka,” katanya.

Jurulatih berusia 68 tahun itu berkata, lebih mengecewakannya apabila dua tonggak import serangan, Moustapha Dabo (gambar) dan Javier Estupinan belum lagi menemui rentak sebagai penjaring terbaik.

“Terengganu mengharapkan dua import baru ini menyengat selepas import lama digugurkan, malangnya pemain dari Senegal dan Colombia ini masih belum berada pada tahap terbaik,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan skuad ‘adik’ itu, pengendali berpengalaman itu mengakui anak buahnya sedikit tertekan terutama pada babak kedua selepas lawan mengubah taktikal dengan mengamalkan corak menyerang.

“Bagaimanapun, saya juga tidak mahu menyalahkan pemain kerana mereka sudah berusaha, namun masih belum menemui penyudah berkesan dalam misi mengejar pendahulu liga,” katanya.

Sementara itu jurulatih T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah tetap memuji persembahan anak buahnya walaupun gagal mengutip mata penuh di laman sendiri.

Katanya, peningkatan corak permainan yang diperagakan pemain menggembirakannya dan berharap pe main mampu bangkit untuk memburu kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

“Saya puji semangat juang dipamerkan pemain yang bermain hingga wisel penamat dan tidak putus asa untuk mencari jaringan biarpun sentiasa dibayangi skuad utama ini.

“Saya yakin dengan semangat kental pemain serta keupayaan bintang import yang kian meningkat termasuk Jimmy Mulisa dan Leandro Dos Santos, kami mampu bersaing untuk merebut tempat dalam Piala Malaysia dan seterusnya kekal dalam Liga Super,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.