Info Terkini :

Skuad Penyu Tekad Benam Red Giants

Kuala Terengganu: Biarpun terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama, Terengganu berazam menewaskan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Mohd Sharbinee Allawee terpaksa disisihkan akibat kecederaan bahu dan mungkin tidak dapat beraksi enam minggu.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu akan turun dengan semangat membara selepas menyaksikan keserasian gandingan dua penyerang import baru, Javier Estupinan dari Colombia dan Moustapha Dabo (Senegal).

Dua penggempur yang menggantikan Mamadou Hady Bary (Papua New Guinea) dan Marcio Souza (Brazil) bagaikan sudah menemui rentak dan keserasian dengan rakan sepasukan skuad Penyu itu.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, pihaknya percaya mereka akan mempamerkan aksi terbaik pertemuan menentang Red Giants.

Marzuki akui prestasi pasukan Terengganu kini tidak menentu, tetapi percaya pemain tetap akan berusaha memperagakan aksi tidak mengecewakan dalam pertembungan dengan skuad Mehmet Durakovic itu.

“Sepanjang tempoh rehat, kami sudah memperbaiki segala kelemahan termasuk meningkatkan stamina yang kita lihat antara faktor kemerosotan pasukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya juga percaya Estupinan dan Dabo akan menjadi duri dalam daging dengan permainan sebenar mereka sekali gus membantu pasukan mengatasi masalah penyudah musim ini,” katanya.

Marzuki berkata, Terengganu memiliki ramai pemain termasuk penyerang berkaliber musim ini dan Abdul Rahman mempunyai banyak pilihan menentukan skuad terbaik kerana sedar persaingan semakin mencabar.

“Bagi saya, untuk menjadi juara musim ini bukan tugas mudah, namun kita berazam memastikan satu kejayaan mampu digapai Terengganu,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.