Info Terkini :

Belum Rezeki Empat Pemain T-Team

Kuala Terengganu: “Biarpun sudah diberi latihan secara kerap, namun pemain ini belum mampu mempamerkan tahap permainan meyakinkan,” itu luahan penolong jurulatih T-Team Azlan Johar mengenai empat pemainnya yang tidak pernah beraksi musim ini, Mohd Muinuddin Mokhtar, 23, Mohd Shamsul Kamal, 23, penjaga gol Suhardi Alby, 30, dan pemain dari Sabah yang sudah digugurkan Alto Linus, 27.

Azlan berkata, bagi memastikan pemain berkenaan mendapat tempat dalam skuad, latihan intensif turut diadakan.

“Saya berharap dengan latihan konsisten serta keazaman mereka, pemain terbabit mampu meningkat,” katanya.

Sementara itu Muinuddin berazam untuk berada dalam skuad seperti musim lalu, namun belum dapat disenaraikan.

“Saya impikan untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan berharap ia menjadi kenyataan,” kata penyerang T-Team itu.

Bagi skuad Terengganu, hanya dua pemain yang belum pernah beraksi dalam pentas Liga Super hingga kini iaitu pemain sayap, Khairul Ramadhan Zauwawi, 25, dan penjaga gol ketiga Mohammad Izuddin Hussin, 21.

“Siapa tidak mahu berada dalam skuad, tapi ini mungkin bukan rezeki saya lagi musim ini yang belum sekalipun beraksi,” kata Khairul Ramadhan yang berjaya menghasilkan tiga jaringan musim lalu bersama skuad Penyu.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.