Info Terkini :

Hasrat T-Team Pikat Shukur Jusoh Tidak Kesampaian

HASRAT pasukan T-Team untuk memikat pemain tengah Selangor, Shukor Jusoh bagi memantapkan pasukan dalam saingan kedua Liga Super tidak kesampaian.

Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata ini kerana pemain kelahiran Terengganu, itu tidak mahu meninggalkan pasukan gergasi Merah Kuning itu.

"Kita merasa agak kecewa kerana gagal mendapat khidmat anak kelahiran Terengganu itu," katanya di Kuala Terengganu hari ini.  

Dalam pada itu, menurut Abdul Rashid, pasukan T-Team telah mendapat seorang pemain pertahanan import warga Australia, Goran Subara, 26, bagi menggantikan Fabio Flor di bahagian pertahanan.

Katanya Subara pernah bermain dengan seorang lagi pemain import T-Team, Leandro Dos Santos dalam pasukan Bangkok Glass United di Thailand.

Abdul Rashid berkata Subara kini sedang mengikuti latihan intensif  bersama pasukan dalam persiapan menghadapi Terengganu pada 9 Mei ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.