Info Terkini :

Motivasi T-Team The Titans

CUTI rehat hampir tiga minggu pastinya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi setiap pasukan sebelum aksi saingan Liga Super bersambung kembali Jumaat depan dalam usaha memantapkan lagi pasukan sekali gus memperbaiki kedudukan carta liga yang  semakin kompetitif.

Jika pasukan lain sibuk mengatur perlawanan persahabatan dalam mencari keserasian pemain, pasukan berstatus kelab, T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu mengambil pendekatan berbeza menerusi  kem motivasi jati diri di Pulau Redang selama tiga hari bermula Ahad lalu.

Menyedari kekuatan mental amat diperlukan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah itu dalam meningkatkan prestasi pasukan, maka suntikan aura dalaman pemain dilihat amat bertepatan menjelang baki lapan perlawanan bakal diharungi.

LEPAS SEKEJAP

Ketua Pegawai Eksekutifnya,  T-Team, Ab Rasid Jusoh turut melahirkan keyakinan tinggi bahawa melalui kem jati diri itu bukan sahaja mampu menyuntik kembali semangat pemain, malah pegawai pasukan termasuk jurulatih dapat menemui formula terbaik menangani masalah prestasi merudum pasukan.

Ujarnya,  segalah usaha terus dilakukan bertujuan menaikkan semula moral dan menguatkan mental pemain memandangkan The Titans  kini masih berada di kedudukan kurang selesa  di samping prestasi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terdahulu.

“Walaupun kita berjaya keluar daripada zon penyingkiran, namun kami masih merasakan pemain bukan saja perlu kuat dari segi latihan dan stamina, malah aspek kerohanian jati diri juga penting bagi memberi keyakinan buat mereka  apabila beraksi nanti.

“Malah peluang ini juga akan digunakan sebaik mungkin buat ketua jurulatih,  Azraai Khor memperbaiki segala kelemahan dalam pasukan sekali gus merapatkan kembali hubungan,” katanya.

TAMBAH KEKUATAN

Lebih menggembirakan apabila T-Team turut mendapat khidmat tiga pemain import baharu dengan diperkuatkan pemain serba boleh kelahiran Brazil, Leandro Dos Santos, Jimmy Mulisa (Rwanda) dan Goran Subara (Australia) dalam membawa cabaran memperbaiki carta liga yang ketika ini menghuni tangga ke sembilan dengan kutipan 15 mata selepas 14 perlawanan.

Jelas dengan semangat dan kehadiran awang import baharu itu,  The Titans bakal menunjukkan kemampuan sebenar mereka pada pertemuan adik dan abang ‘ Terengganu’  pada 9 Mei ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

BERI IMPAK

Dalam pada itu, Azraai Khor menyambut baik usaha dilakukan pengurusan dalam menganjurkan kem motivasi tersebut dan mengakui ia berperanan sebagai  platform memaklumkan hala tuju serta sasaran pasukan apabila saingan Liga Super bermula Jumaat depan.

“Kita mahu meningkatkan kembali persefahaman dan komunikasi pemain lama dan baharu agar dapat menjadi satu pasukan mantap kelak, selain memperbaiki kelemahan membelenggu pasukan sepanjang kempen Liga Super musim ini.

“Harapan saya, semoga kem motivasi ini dapat memperbaiki dan membantu para pemain dalam memantapkan lagi pasukan kerana pastinya saingan lebih sengit menanti kita selepas ini dan kami tidak mahu terus tercicir daripada mengutip mata,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.