Info Terkini :

Dabo, Estupinan Sandaran Skuad Penyu

Kuala Terengganu: Penggempur import baru dari Senegal, Moustapha Dabo (gambar kanan), 28, dan pemain Colombia, Javier Andres Estupinan, 30, menjadi taruhan Terengganu untuk merobek gawang Selangor apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Shah Alam, malam esok.

Estupinan yang baru membuat penampilan pertama selama 20 minit ketika Terengganu tewas 0-2 kepada Perak dua minggu lalu, dijangka digandingkan dengan Dabo yang baru pulih daripada kecederaan hamstring.

“Kita tidak mahu kehilangan mata lagi dan dua penyerang import baru itu diharapkan menjadi selepas penyerang import sebelum ini gagal,” kata Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman.

Beliau berkata, pemain dari Santa Barbara itu yang menggantikan pemain kelahiran Guinea, Mamadou Hady Baryy, diharap dapat mengatasi ketandusan penyerang import berkualiti.



“Berdasarkan sesi latihan, kedua-dua pemain itu berada dalam kelas tersendiri dan persefahaman ditunjukkan bersama pemain tempatan mampu memberi impak positif,” katanya.

Arpin berkata, selain kedua-dua penggempur itu, penyerang tempatan tidak kurang hebatnya, termasuk penyerang skuad Harimau Malaya Norfarhan Muhamad dan Mohd Ashari Samsuddin.

“Berikutan peningkatan persefahaman dipamerkan Estupinan dan Dabo bersama pemain tempatan, kami yakin Terengganu mampu mempamerkan aksi bertenaga,” katanya.

Sementara itu, Estupinan berharap penampilan keduanya bersama skuad Terengganu mampu memberi kemenangan bermakna selepas tewas kepada Perak dalam aksi sulungnya ketika diturunkan pada babak kedua.

Bekas pemain kelab Parrillas One dalam Liga Kebangsaan Honduras itu mempunyai reputasi selaku penjaring kedua terbanyak dan kehadirannya pasti dinantikan peminat setia skuad Penyu yang mahu melihat kebangkitan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.