Info Terkini :

Pertukaran MB Terengganu Tidak Merubah Visi PBSNT

KUALA TERENGGANU: Pertukaran Menteri Besar Terengganu dijangka tidak akan merubah visi dan hala tuju Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Malah PBSNT berharap Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman akan menyambung visi dan semangat yang ditunjukkan Menteri Besar sebelumnya, Datuk Seri Ahmad Said kepada persatuan itu.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata perkembangan terbaru itu tidak menjejaskan operasinya malah pentadbiran PBSNT berjalan seperti biasa.

"Kami (PBSNT) sekarang mengurus dua pasukan iaitu pasukan Terengganu dan T-Team untuk pergi setinggi yang boleh," katanya ketika diminta mengulas mengenai pertukaran Menteri Besar itu.

Isnin lepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang dipegangnya sejak 2008.

Mengulas lanjut, Arpin berkata pihak PBSNT belum terima apa-apa arahan khususnya daripada pentadbiran baharu negeri ini.

Menurut beliau PBSNT mengucapkan setinggi terima kasih kepada Ahmad yang selama ini telah banyak membantu PBSNT dalam mengharumkan nama negeri dalam arena bolasepak tanah air.

"Kita berharap tradisi ini akan dikekalkan oleh Menteri Besar yang baharu supaya sukan bolasepak negeri ini terus maju dan berkembang," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.