Info Terkini :

Siapa Bakal Jurulatih Harimau Malaya?

KUALA LUMPUR - Dua nama sudah diketahui, namun siapakah seorang lagi calon jurulatih luar yang dikaitkan akan menduduki kerusi panas pengendali Harimau Malaya yang bakal diumum selewat-lewatnya pa­da pertengahan Jun ini.

Cuma apa yang difahamkan, seorang lagi jurulatih yang turut bersaing merebut jawatan itu bersama bekas jurulatih Mozambique, Gert Engels dan bekas jurulatih Bawah 23 Sepanyol, Luis Milla Aspas, adalah berasal dari Jerman.

Maklumat itu disahkan oleh pe­ngurus Harimau Malaya dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal namun enggan mendedahkan siapakah nama calon terakhir itu sehingga semua urusan seperti sesi temuduga belum diselesaikan.

“Ya, memang betul nama dua orang jurulatih yang berada dalam senarai pendek itu ialah Gert Engels dan Luis Milla Aspas, selain seorang lagi jurulatih yang berada dalam pertimbangan FAM.

“Bagaimanapun...maaf. Saya tidak boleh beritahu siapakah jurulatih berkenaan, bila semua perkara dah selesai termasuk sesi temuduga... baru saya akan beritahu siapakah jurulatih tersebut kepada pihak media.

“Cuma apa yang saya boleh be­ritahu, jurulatih itu berasal dari Jerman dan akan ditemuduga dalam masa terdekat selewat-lewatnya penghujung bulan ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun begitu, jika dinilai kembali daripada senarai nama jurulatih yang dikaitkan sebelum ini, hanya kelihatan bekas pengendali Jerman dan Bayer Leverkusen, Rudi Voller sahaja yang berasal dari sana.

Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Voller mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa kerana pernah menguruskan pasukan Jerman dari tahun 2000 hingga 2004.

Selain itu, bekas pemain 1860 Munchen dan Werder Bremen ini pernah melatih beberapa kelab terkemuka dari Itali, AS Roma dan Jerman, Bayer Leverkusen.

Dalam masa sama, Subahan mengesahkan Engels telah selesai ditemuduga dan beliau berpuas hati dengan hasil pertemuan tersebut tetapi enggan memberikan baya­ngan sama ada bekas jurulatih Urawa Red Diamonds menjadi calon favourite yang akan mengambil alih jawatan pengendali Harimau Malaya.

“Belum ada apa-apa kepastian lagi sama ada Engels akan dapat atau tidak, ia hanya satu proses biasa menemuramah salah seorang calon jurulatih dan kami mahu mengenali latar belakang beliau dengan lebih dekat.

“Semuanya bergantung dengan dua lagi calon jurulatih luar yang kami akan temui, salah seorangnya adalah Milla yang berasal dari Sepanyol," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.