Info Terkini :

Fabrice Noel Mahu Robek Gawang T-Team

Kuala Lumpur: Penyerang import Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Fabrice Noel nekad mahu membedil gawang T-Team sekali gus membantu The Gladiators memungut tiga mata penuh untuk keluar daripada kelompok bawahan Liga Super apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

Walaupun mengakui sedikit kecewa kerana gagal membantu pasukannya ketika tewas 1-2 di tangan Perak, Noel yakin pasukan barunya itu mampu meraih kemenangan yang dicari-cari pada aksi di halaman sendiri.

Menurutnya, kegagalan jentera serangan ATM di Ipoh begitu mengecewakannya yang menyaksikan bukan saja tewas, tetapi juga kedudukan mereka dalam carta semakin terhimpit apabila menghuni tangga terakhir daripada 12 pasukan bertanding.

“Saya akui prestasi ketika bertemu Perak bukan aksi terbaik.

Banyak peluang terhidang saya miliki, tapi gagal dijadikan gol.

“Dalam latihan sejak tiga hari lalu, saya berikan perhatian dan fokus sepenuhnya dan berharap dapat menjaringkan gol kerana kami benar-benar inginkan kemenangan, ” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Pemain berusia 28 tahun dari Haiti itu berkata, keserasian bersama seorang lagi penyerang import dari Argentina, Juan Manuel Arostegui di bahagian serangan semakin baik dan menunjukkan tanda positif.

“Kerjasama rakan juga amat ditagih terutama Arostegui kerana kami begitu banyak melepaskan peluang pada aksi sebelum ini.

“Saya berazam tidak mengulanginya dan yakin dapat membantu pasukan untuk catat kemenangan.

“Saya sedar laluan kami cukup berliku, tapi dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

Hari ini kami di bawah, mana tahu selepas ini kami berada di atas pula,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.