Info Terkini :

Penyokong Bakar Suar, PBSNT Didenda RM5000

Kelana Jaya: Ia ibarat sejarah baru dalam bola sepak tanah air apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) terlepas daripada hukuman berat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kesalahan dilakukan penyokong mereka.

Jawatankuasa itu semalam hanya mengenakan denda RM5,000 atas kesalahan penyokong tuan rumah membakar suar selepas tamat perlawanan antara Terengganu dengan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang menyaksikan kemenangan 2-0 kepada skuad Penyu pada 15 Februari lalu.

Kesalahan itu secara automatik membabitkan soal keselamatan namun Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Datuk Taufek Abd Razak mengakui mereka menggugurkan pertuduhan itu kerana menerima alasan diberikan PBSNT.

“PBSNT didenda RM5,000 kerana kesalahan penyokong mereka membakar suar, tetapi mereka tidak dihukum atas kegagalan menyediakan kawalan keselamatan.

“Ini kali pertama ada pasukan terlepas daripada hukuman ini namun kami memberikan amaran keras kepada mereka.

“PBSNT memberikan satu hujah cukup profesional dan kami puas hati dengan alasan itu.

Namun saya tidak mahu mendedahkan apakah alasan mereka berikan itu,” katanya pada sidang media semalam.

Namun nasib berbeza menimpa Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) apabila mereka didenda RM5,000 walaupun mengaku tidak bersalah atas kesalahan penyokong membakar suar pada perlawanan Liga Super menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 18 Januari lalu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.