Info Terkini :

Abdul Rahman Ibrahim Gesa Pemain Bangkit

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim mahu pemain mempamerkan keupayaan sebenar dan bukan sekadar penumpang ketika melayan kunjungan LionsXII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Katanya, keputusan seri ketika bertemu pasukan ‘adik’ T-Team, Jumaat lalu perlu dijadikan pengajaran berguna bagi memulihkan kekuatan pasukan dalam misi mengutip tiga mata di laman sendiri.

“Terengganu mempunyai ramai pemain berbakat dan berpengalaman termasuk pemain kebangsaan dan peluang inilah yang sepatutnya kami gunakan untuk mempamerkan keupayaan sebenar berdepan pasukan lawan.

“Saya yakin jika pemain memperagakan aksi mantap, peluang untuk mencari tiga mata akan tercapai, apatah lagi kami beraksi di gelanggang sendiri,” katanya.

Aksi pusingan pertama di Stadium Jalan Besar Singapura, 8 Februari lalu menyaksikan pasukan bimbingan Abdul Rahman berjaya membawa pulang satu mata selepas terikat tanpa jaringan.

Sementara itu, pemain tengah Zairo Anuar Zailani membayangkan ujian sukar menanti kerana lawan pasukan liat untuk ditewaskan.

“Kami beraksi malam ini dengan tumpuan mengutip tiga mata bukannya seri, justeru kami perlu menggandakan asakan jika mahu menang,” katanya.

Menurutnya, mereka juga mengharapkan barisan depan yang diketuai dua tonggak import, Javier Estupinan dan pemain kelahiran Senegal, Mustapha Dabo mampu menjadi ancaman.

“Jika rakan sepasukan fokus dan barisan depan bijak menghidu peluang, saya yakin kami mampu mengutip tiga mata,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.