Info Terkini :

T-Team Titans Tidak Ambil Mudah Bertemu ATM

Kuala Terengganu: T-Team harus mengambil kesempatan kemerosotan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok.

Sehubungan itu, pengendali The Titans Azraai Khor Abdullah perlu mempertaruhkan kesebelasan terbaik dan yang pasti tidak memperlekehkan pasukan tercorot liga itu.

Azraai Khor menyifatkan kedudukan ATM di tangga terbawah liga tidak bermakna anak buahnya mengambil mudah perlawanan itu, sebaliknya mereka akan lebih berhati-hati.

Menurutnya, pemain perlu waspada kerana skuad B Sathianathan akan turun dengan permainan berbeza demi mengubah nasib mereka.

“Saya sudah ingatkan pemain supaya mengelak daripada tewas.


Kami sedar ATM berada di tangga tercorot dan prestasi semasa mereka juga merosot.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna kita boleh menang mudah.

“Saya yakin ATM akan tampil dengan semangat berbeza kerana sudah pasti mereka mahu mengubah kedudukan di tangga tercorot,” katanya semalam.

Pengendali berasal dari Alor Setar itu berkata, pasukan bergelar The Gladiators itu memiliki kelebihan berbanding The Titans kerana beraksi di laman sendiri.

Beliau turut mengharapkan penyerang kelahiran Rwanda, Jimmy Mulisa mampu mencipta jaringan seperti dilakukannya ketika mengikat pasukan ‘abang’, Terengganu 1-1, Jumaat lalu.

“Harapan kami ke Selayang hanya mahu membawa satu mata pulang ke Terengganu.

Kami juga mengharapkan sentuhan awang import iaitu Mulisa, Leandro Dos Santos, Patrich Wanggai dan Goran Subara akan menjadi,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.