Info Terkini :

Sarawak Yakin Benam Terengganu Di Halaman Sendiri

KUCHING: Ketiadaan tonggak pertahanan Gabor Gyepes ekoran penggantungan tidak menjejaskan hasrat skuad Sarawak untuk membenam Terengganu pada perlawanan akhir pusingan pertama Liga Super di Stadium Negeri di sini, malam ini.

Bagaimanapun, tempat Gyepes di benteng pertahanan skuad Bujang Senang itu akan diisi oleh Mohd Hairol Mokhtar bersama Rony Harun, Mafry Balang dan Ramesh Lai Ban Huat.

Gyepes digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lepas.

Ketua jurulatih Robert Alberts mengakui ketiadaan Gyepes tetap dirasai namun yakin pengalaman Mohd Hairol yang tidak diturunkan pada tiga perlawanan sebelum ini sama hebat.

Beliau juga dijangka menurunkan barisan sama yang seri 1-1 dengan JDT itu termasuk bekas penyerang Australia Rayy Griffiths dan penyerang Hassan El Mohamad dari Lubnan.

Mengenai peluang meraih kemenangan, jurulatih Belanda itu yakin anak buahnya mampu mengatasi Terengganu sekiranya menampilkan perlawanan bercorak serangan serta mengekang serangan balas pasukan lawannya itu.

Alberts mengingatkan anak buahnya supaya mengelak daripada melakukan kesilapan kerana ia boleh menafikan kemenangan di halaman sendiri.

Beliau menyifatkan Terengganu, yang kini menduduki tangga kedua liga, sebagai sebuah pasukan yang mantap, pantas dalam melakukan serangan balas dan mampu mengambil kesempatan daripada kesilapan pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

Dalam pada itu, Mohd Hairol, yang tidak sabar untuk diturunkan semula selepas pulih daripada kecederaan hamstring, berkata beliau sudah cukup sihat untuk perlawanan malam esok.

"Sekiranya diturunkan, ia merupakan peluang amat baik bagi saya untuk membantu pasukan mencapai kemenangan pada perlawanan akhir pusingan pertama liga," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sarawak kini menduduki tangga ketujuh liga dengan mengumpul 13 mata daripada 10 perlawanan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.