Info Terkini :

Presiden PBSNT Tanding Naib Presiden FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sumber yang diterima, Wan Ahmad Nizam sedia untuk bersaing dengan 16 lagi calon Naib Presiden yang bakal berlangsung pada Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu itu September tahun lalu menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PBSNT menggantikan Dato’ Che Mat Jusoh pada Kongres Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif PBSNT 2013 di Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu.

Semalam, Bernama melaporkan, FAM telah menerima tiga pencalonan untuk jawatan presiden yang disandang oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tetapi enggan mendedahkan nama calon berkenaan atau persatuan yang mengemukakan pencalonan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertanding jika mendapat pencalonan.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd. Amin berkata, FAM turut menerima 10 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden (17 calon), jawatankuasa eksekutif (35 calon) dan jawatankuasa eksekutif wanita (11 calon).

“Selepas ini pihak sekretariat akan memaklumkan kepada semua calon dengan menghantar borang sama ada mereka menerima ataupun menolak pencalonan itu.

“Mengikut statut FAM senarai akhir calon yang ingin bertanding akan diumumkan sebulan sebelum kongres,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.