Info Terkini :

FAM Dibicara Isnin Ini Oleh AFC


Mesyuarat 7 April dan kes ini dibincang bersama kes lain yang berlaku dalam beberapa pertandingan: AFC

Kuala Lumpur: Nasib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan penyokong Ultras Malaya membakar suar, mercun dan melempar bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang 1 Mac lalu bakal diketahui Isnin ini.

Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor John Paul berkata, Jawatankuasa Tatatertib AFC sudah menetapkan tarikh perbicaraan dan keputusan akan dibuat pada mesyuarat berkenaan.

Didenda RM68,890 

“Setakat ini tidak ada apa-apa yang baru. Tidak ada apa yang boleh saya jelaskan lagi dan kita tunggu saja hari Jawatankuasa Tatatertib AFC bersidang nanti.

“Mesyuarat akan diadakan pada 7 April dan kes ini akan dibincangkan bersama kes lain yang berlaku dalam beberapa pertandingan di bawah AFC termasuk Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 7 Mac lalu, AFC berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung insiden itu dan badan induk itu sudah membalas surat tunjuk sebab yang diberikan.

FAM didakwa mengikut Artikel 65, 66 dan 67, Kod Tatatertib AFC bersangkut paut mengenai salah laku penonton yang membakar suar, bom asap dan mercun serta penganjuran perlawanan yang terpaksa dihentikan seketika kerana insiden itu.
Terdapat banyak kemungkinan yang bakal dihadapi FAM dan berdasarkan rekod kejadian sama sebelum ini, kelab Arab Saudi, Al Ahli dikenakan denda berjumlah AS$21,000 (RM68,890) apabila didapati bersalah gara-gara penyokongnya membakar suar serta melempar bom asap ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia, 21 Mei 2013. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.