Info Terkini :

Pertahanan T-Team Fabio Flor Selamat Dibedah

KUALA TERENGGANU: Pemain pertahanan import pasukan bolasepak T-Team, Fabio Flor selamat menjalani pembedahan menyambung urat ketingnya yang terputus di Subang Medical Centre semalam.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Shah Mat Zin berkata pemain kelahiran Brazil itu mendapat kecederaan itu semasa T-Team bertemu Lion XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan Fabio sekarang berada dalam keadaan baik dan sihat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

Mohd Shah berkata Flor mungkin boleh melupakan Liga Super kerana biasanya putus urat keting mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk sembuh.



"Peminat Melawat Fabio Flor" - Gambar Tankgo Suarez


Beliau berkata ketua pasukan T-Team, Marzuki Yusof juga mengalami kecederaan dalam perlawanaan itu dan mendapat enam jahitan di kepala.

Bagaimanapun katanya kecederaan Marzuki itu tidaklah begitu serius dan beliau boleh bermain untuk bertemu Pahang di sini, Sabtu ini.

Dalam pada itu beliau berkata semalam, T-Team ditimpa malang apabila pemainnya Wan Mohd Nor Alif patah tulang bahu ketika beraksi untuk pasukan Piala Presiden Terengganu.

Dalam perkembangan lain beliau berkata T-Team akan membawa masuk dua muka baru bagi membantu pasukan dalam menghadapi Liga Super.

Pemain itu ialah Fadzli Baharuddin, yang berpindah dari pasukan PKNS Selangor ke T-Team dan Nik Zul Aziz Nawawi daripada pasukan Terengganu.

Mohd Shah berkata Fadzli yang beraksi diposisi tengah yang sebelum ini pernah mewakili Kuala Lumpur dan Pahang telah menandatangani kontrak dengan T-Team semalam.

Beliau berkata T-Team juga sedang berusaha mendapatkan pemain daripada pasukan Piala Presiden Terengganu bagi menenuhi kuota tiga pemain dalam pendaftaran kedua FAM. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.