Info Terkini :

Fabio Mungkin Diketepikan Atas Faktor Kecederaan

Kuala Terengganu: Pertahanan import T-Team, Fabio Flor terpaksa berehat panjang dan melupakan Liga Malaysia (Liga-M) sehingga akhir musim ini selepas menjalani pembedahan, petang semalam kerana kecederaan ‘Archilles Tendon Ruptured’.

Pemain kelahiran Brazil ini mengalami kecederaan itu ketika beraksi menentang Lions XII dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.


Kehilangan besar 

Kecederaan Flor atau 'Budin' itu cukup dirasai pengendali pasukan, Azraai Khor Abdullah yang menyifatkan satu kehilangan besar buat skuad The Titans terutama di bahagian benteng.

Katanya, sudah tentu kecederaan Flor itu memberi kesan kepada pasukan kerana pemain terbabit begitu ampuh mengawal benteng pertahanan T-Team.

"Saya dimaklumkan Flor menjalani pembedahan pada jam 3 petang semalam dan dijangka tidak boleh bermain sehingga akhir musim.
"Saya bersama pihak pengurusan mesti membuat satu keputusan bagi mencari pengganti Flor, namun keputusan penuh belum dimuktamadkan lagi," katanya di sini, semalam.

Pengendali berusia 62 tahun itu berkata, beliau tiada pilihan selain mempertaruhkan gandingan tempatan iaitu kapten pasukan, Faizal Mohamad bersama Marzuki Yusof di posisi pertahanan.

"Buat masa sekarang, hanya Faizal dan Marzuki pilihan terbaik yang ada sementara mengambil pemain import pertahanan baru," katanya.

Dalam pada itu, Azraai berkata pihaknya akan menguji tiga pemain import yang beraksi di posisi pertahanan, tengah dan penyerang.

Katanya, antara pemain yang akan diuji adalah Jimmy Mulisa berusia 29 tahun yang juga penyerang kebangsaan Rwanda; pertahanan, David Lopes, 31, dari Brazil dan Leandro Dos Santos, 27, dari Brazil yang kini bermain dalam Liga Thailand.

"Kita akan lihat prestasi Mulisa dan Dos Santos dalam sesi latihan pasukan manakala Lopes belum tiba lagi. Jika sesuai dengan pasukan, kita ikat kontrak. Kita tidak mahu membuat silap keputusan dalam mengambil pemain import.

"Pemain tengah PKNS FC, Fazli Baharuddin, 28, pula sah menyertai T-Team dan kehadiran pemain ini diharapkan mampu memperkuatkan posisi tengah pasukan itu," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.