Info Terkini :

Percaturan Bijak Abdul Rahman Ibrahim

Percaturan bijak jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim membariskan peledak tempatan hampir membuahkan hasil sebelum terpaksa berpuas hati terikat 1-1 dengan Kelantan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurut beliau kejayaan menundukkan ATM 3-0 minggu lalu menjadi pencetus kebangkitan pemain tempatan untuk mencipta jaringan lebih besar dalam setiap perlawanan.

"Ketumpulan jentera penyerang import membuatkan kami mengubah strategi meletakkan dua penggempur tempatan untuk merobek gawang Kelantan.

“Bagaimanapun pada babak pertama, rangkaian penyerang diperangkap pertahanan Kelantan sekali gus menggagalkan usaha memburu jaringan menerusi Mohd Norfarhan Muhamad dan Abdul Manaf Mamat,” katanya.

Selain itu, kegagalan beberapa pemain membaca hantaran dan memegang bola terlalu lama menyebabkan peluang menjaringkan gol gagal diterjemah dengan baik.

"Biarpun hanya satu mata di laman sendiri, ia sudah memadai kerana lawan juga tidak kurang hebatnya dengan barisan pemain berkualiti termasuk pemain baru, Brendan Gan," katanya.

Abdul Rahman berkata, menjelang pertemuan dengan Sarawak pada 4 April depan di Stadium Negeri Kuching, beliau mengharapkan anak buahnya kembali menemui rentak untuk merampas semula takhta persada liga.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain yang memiliki kemahiran tersendiri dan berharap tiga mata bakal dicapai untuk menutup saingan pusingan pertama dengan noktah kemenangan,” katanya.

Sementara itu jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui anak buahnya berada di landasan tepat untuk keluar daripada zon penyingkiran walaupun seri 1-1 dengan LionsXII di Stadium Jalan Besar. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.