Info Terkini :

T-Team Bawa Laporan Polis, Perubatan

Singapura: “Kami akan membawa pelbagai bukti termasuk laporan polis dan perubatan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perbicaraan insiden ‘Terowong Larkin’ di Wisma FAM, esok,” kata penolong pengurus T-Team, Rasyid Yusof.

Beliau berkata, apa yang dimahukan T-Team ialah keadilan dan kerana itu pihaknya memberi segala kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk FAM mengenai insiden terbabit.

"Kita akan bawa semua bukti yang kita ada. Kita hanya mahukan keadilan dan kita mendoakan agar keadilan akan berpihak kepada T-Team.

"Kita sudah buat laporan polis, buat pemeriksaan perubatan. Malah, kita juga sudah bersumpah mengenai kejadian itu," katanya ketika ditanya mengenai langkah FAM memanggil semua pihak yang terbabit dalam insiden itu untuk memberi keterangan pada perbicaraan, esok.

Khamis lalu, BH Sukan melaporkan Jawatankuasa Tatatertib FAM akan memanggil semua yang terbabit dalam insiden `Terowong Larkin' untuk memberi keterangan, Selasa ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.