Info Terkini :

Insiden Terowong: JDT Sekadar Didenda RM30,000

PETALING JAYA: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.