Info Terkini :

Ong Kim Swee Perakui Norfarhan Lebih Bagus

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui dia ada sebab-sebab yang tersendiri mengapa tidak menyenaraikan penyerang Johor Darul Ta'azim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina di Cebu Ahad ini.

Menurutnya, ramai yang bertanyakan kepadanya kenapa tidak menyenaraikan pe­nyerang berpengalaman itu dan jawapan paling mudah adalah Norshahrul jarang diturunkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Saya boleh memberi sebab kepada awak mengapa saya tidak menyenaraikan Mat Yo (Norshahrul), ini kerana dia tidak beraksi dalam kesebelasan utama secara kerap," katanya selepas sesi latihan terakhir skuad kebangsaan di Wisma FAM semalam.

Kali terakhir Norshahrul disenaraikan dalam skuad kebangsaan adalah ketika perlawanan persahabatan menentang negara yang sama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang 1 Mac lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bekas jurulatih Harimau Muda itu berkata, dia juga tidak mahu melakukan banyak perubahan di bahagian serangan sedangkan mereka mempunyai Safee Sali (JDT), Bobby Gonzales (PDRM FC) dan juga Ahmad Fakri Saarani (Kelantan).

“Buat masa sekarang Nor Farhan Muhammad lebih bagus daripada Mat Yo," katanya yang akan ke Filipina hari ini bagi perlawanan persahabatan berkelas A itu.

Nor Farhan yang beraksi bersama Terengganu musim ini bukan sahaja mampu beraksi di bahagian sayap ataupun tengah tetapi membantu bahagian serangan seandainya diperlukan berbuat demikian oleh Kim Swee.

Norsharul pernah mencetuskan kontroversi tahun ini selepas tidak melaporkan diri bersama skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang Filipina di Selayang atas alasan mahu mengerjakan umrah bersama ahli keluarga, Februari lalu.

Bagaimanapun, dia kembali menyertai sesi latihan tetapi sekadar memanaskan bangku simpanan ketika menyaksikan skuad negara terikat 0-0 de­ngan The Azkals.

Kim Swee jelas sekali lega apabila pemain Kelantan dan Selangor yang baru menjalani latihan semalam kerana beraksi dalam saingan Piala AFC pertengahan minggu ini kembali bersama pasukan tanpa sebarang masalah kecederaan.

“Khairul Fahmi Che Mat, Badhri Radzi, Fakri (Kelantan), Farizal Marlias, Bunyamin Omar dan S. Kunanlan (Selangor) melapor diri hari ini (semalam) tanpa sebarang kecede­raan," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.