Info Terkini :

Azraai Janji T-Team Tidak Terperosok Ke Liga Perdana

Kuala Terengganu: Amaran akan direhatkan atau disingkirkan daripada membimbing T-Team oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedikitpun tidak mematahkan semangat Mohd Azraai Khor Abdullah.

Sebaliknya, pengendali berasal dari Alor Setar, Kedah itu tetap dengan pendiriannya tidak mahu mengalah dan menaruh harapan tinggi untuk melihat The Titans tidak jatuh ke Liga Perdana, musim depan.


Beliau berkata, pasukan bimbingannya memiliki keseluruhan pemain muda dan memerlukan sedikit ruang serta masa buat mereka membuktikan kebolehan bersaing dengan pasukan yang lebih mantap yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Namun, saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan dan penyebab kegagalan pasukan untuk mempamerkan persembahan terbaik.


Buat rombakan 

“Apa yang membanggakan, kesungguhan pemain muda kami begitu terserlah apabila mampu menewaskan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pusingan pertama Liga Super.
“Sekarang, kita sudah melakukan rombakan dalam pasukan dengan menukar semua pemain import dan diharapkan mereka cepat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan,” katanya semalam.

Pengendali berusia 62 tahun itu berkata, tiga pemain import baru, Leandro Dos Santos dari Brazil, Jimmy Mulisa (Rwanda) dan Goran Subara (Australia) menjadi sandaran dan mampu menguatkan pasukan dalam baki Liga Super.

Ditanya amaran yang dibuat Presiden PNSNT, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan asam garam dalam arena bola sepak profesional.

"Saya anggap amaran tegas ini satu perkara biasa dalam dunia bola sepak dan tanggungjawab yang diamanahkan, saya berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan T-Team tidak akan jatuh ke Liga Perdana.

"Saya tidak menjadikan ia sebagai tekanan sebaliknya mahu menumpukan perhatian dengan memberi fokus kepada pasukan," katanya yang pernah menjulang kejayaan gemilang ketika membimbing Kedah.  - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.