Info Terkini :

Harimau Malaya Elak Jerat Filipina

JURULATIH sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menganggap pertembungan menentang Filipina di Cebu malam ini tidak sama jika dibandingkan dengan aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac lalu.

Kim Swee percaya Filipina akan memberikan tentangan lebih hebat berbanding aksi di Selayang memandangkan The Azkals memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Justeru, beliau berharap anak-anak buahnya mempamerkan aksi cemerlang dalam usaha meraih keputusan positif dalam aksi persahabatan tersebut.

"Saya tahu Filipina memiliki satu pasukan lebih baik pada perlawanan kali ini jika dibandingkan aksi di Selayang Mac lalu.

"Pada masa sama, saya dapat menjangkakan bahawa perlawanan malam ini lebih sukar kerana kami beraksi di gelanggang mereka.

"Tiada pasukan yang mahu bermain untuk seri atau kalah. Jadi saya harap kami mampu melakar kejutan dengan memenangi perlawanan tersebut.

"Apa pun taktikal yang saya gunakan, pasti sedikit berlainan daripada pertemuan persahabatan di Selayang sebelum ini yang berakhir seri tanpa jaringan," kata Kim Swee semalam.

Sementara itu, jurulatih Filipina, Thomas Dooley tidak menganggap kehadiran pemain kelab Denmark, Esbjerg FB, Jerry Lucana dan Martin Steuble daripada kelab Switzerland, FC Will 1990 memberi kelebihan buat The Azkals.

"Sebenarnya, kami berdepan banyak masalah kecederaan dan ini saja pemain yang saya mampu kumpulkan.

"Mungkin ada sedikit perubahan membabitkan lima hingga enam pemain berbanding pasukan yang saya turunkan di (Selayang) Kuala Lumpur sebelum ini.

"Namun, kami tetap menganggap aksi ini sebagai satu perlawanan yang cukup penting sebagai persiapan menghadapi Piala Cabaran AFC bermula 20 hingga 30 Mei depan," katanya.

INTERNATIONAL FRIENDLY 'A' MATCH - PHILIPPINES VS MALAYSIA (25 - 28 APRIL 2014) CEBU, PHILIPPINES

No. Officials Designation
1 Dato’Subahan Kamal Team Manager
2 Datuk Ong Kim Swee Head Coach
3 Mohd Khalid Shahdan Asst Coach
4 Richard Nelson Scully GK. Coach
5 Sivanasvaran Suppiah Physio
6 Zainal Othman Doctor
7 Martin Stano Physical Trainer
8 Subramanian Manickam Administrator
9 Mohd Zaidi Abdul Latib Sport Analysis
10 Sivakumar Ramalingam Kitman

No. Players Name State/club

1. Mahali Jasuli Johor Darul Takzim
2. Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak Johor Darul Takzim
3. Mohd Fadhli Mohd Shas Johor Darul Takzim
4. Mohd Amri Yahyah Johor Darul Takzim
5. Safiq Rahim Johor Darul Takzim
6. Mohd Asraruddin Putra Johor Darul Takzim
7. Mohd Safee Sali Johor Darul Takzim
8. Baddrol Bakhtiar Kedah
9. Khairul Fahmi Che Mat Kelantan
10. Ahmad Fakhri Saarani Kelantan
11. Mohd Badhri Mohd Radzi Kelantan
12. Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid Pahang
13. Mohd Razman Roslan Pahang
14. Azamuddin Mohd Akil Pahang
15. Mohd Hafiz Kamal Pahang
16. Bobby Gonzalez PDRM
17. Ronny Harun Sarawak
18. Putera Nadher Amarhan Maderner Sarawak
19. Mohd Farizal Marlias Selangor
20. Bunyamin Umar Selangor
21. S. Kunanlan Selangor
22. Muhammad Zubir Mohd Azmi Terengganu
23. Mohd Norfarhan Mohamad Terengganu
- Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.