Info Terkini :

Norfarhan Ajak Rakan Seperjuangan Bangkit

Gambar: Skodeng Bola

Tonggak Terengganu, Nor Farhan Mohamad , mengajak rakan sepasukan supaya bangkit semula dan menebus kegagalan lalu untuk menghasilkan kemenangan dalam perlawanan akan datang.

Menerusi status yang dikongsi di laman Facebook miliknya tengah malam tadi, anak kelahiran Marang itu mengingatkan rakan seperjuangan supaya melakukan yang terbaik serta membuang jauh segala perkara negatif yang boleh merencatkan fokus ketika di padang.

`Kata-kata semangat’ Nor Farhan itu susulan kegagalan Terengganu menjinakkkan PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Selasa lalu biarpun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Perlawanan itu berkesudahan dengan Terengganu membawa pulang satu mata, selepas tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan.

Sebelum itu, pasukan bimbingan  Abdul Rahman Ibrahim turut mengalami kekalahan mengejut kepada Sarawak, 1-2, pada 11 April lalu, di laman sendiri.

Dalam pada itu, Terengganu akan menentang Perak, di Kuala Terengganu pada Sabtu ini.

Nor Farhan yang turut tersenarai dalam skuad kebangsaan selepas disunting jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan untuk menghasilkan kejayaan perlu disertai dengan usaha yang bersunguh-sungguh  dan bukan boleh `dibeli’ dengan wang ringgit semata-mata.

Status yang mendapat 300 `likes’ itu turut menerima mendapat pelbagai reaksi positif menerusi 25 komen peminat dan penyokong bola sepak tempatan, khususnya dari Terengganu .

 “Ayuh bangkitlah semua pemain Terengganu.Memang sukar untuk kekal konsisten..ada hari bagus, ada hari serba tidak menjadi..jadikan kekalahan semalam sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

“Kita mencari dan membina kejayan bukan membeli kejayaan dan mahu berjaya memang memakan masa. Yang penting kita ikhlas dan jujur dalam tugas yang diberikan.  Ambil kritikan yang membina dan usah dilayan yang negatif. Marilah kita bersatu dalam menaikkan martabat bola sepak negeri. Kejayaan pasti datang. Insha-Allah. Peteh Ganu Peteh” - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.