Info Terkini :

Lupakan Insiden Terowong Larkin - Azraai Khor

Kuala Terengganu: Sambil ingin melupakan insiden ‘Terowong Larkin’, T-Team bagaikan tidak sabar untuk menjinakkan skuad Harimau Selatan itu apabila kedua-dua pasukan bertemu di stadium itu malam ini.

Laungan keyakinan ini disuarakan penolong jurulatih Azlan Johar yang menyifatkan pasukannya kini berwajah baru dan semakin meningkat selepas kehadiran empat muka baru termasuk dua penyerang import, Leandro Dos Santos, 27, (Brazil) dan Jimmy Mulisa, 29, (Rwanda) serta dua tenaga tempatan Mohd Fazli Baharuddin (PKNS) dan Nik Zul Aziz Nawawi (Terengganu).

“Peningkatan permainan terutama jentera serangan menggembirakan kem T-Team dalam usaha merobek gawang lawan biarpun sedar ianya tugas sukar.

“Motivasi tinggi pemain ketika sesi latihan dan suntikan semangat Menteri Besar menguatkan keyakinan mereka melebarkan rekod kemenangan ke atas Johor DT,” katanya. Pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, The Titans menang 1-0, namun aksi Piala FA menyebelahi Johor DT apabila diberi kemenangan percuma 3-0 selepas T-Team menarik diri atas faktor keselamatan.

Menurut Azlan, gandingan dua penyerang import itu menjadi aset penting buat The Titans untuk memburu gol.

“Kehadiran mereka mempertajamkan jentera serangan dan pemain lain juga tidak kurang hebatnya dalam misi mengutip mata di laman lawan,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.