Info Terkini :

Skuad Penyu Dikejutkan The Bos Gaurus


Kuala Terengganu: Pasukan tercorot, Perak mencipta kejutan meraih kemenangan apabila mengatasi Terengganu 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu juga adalah yang kedua dilakar skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim selepas menang 2-1 pada perlawanan pusingan pertama liga.

Dalam perlawanan itu, pelawat terlebih dulu menguji gawang Terengganu menerusi hantaran silang penyerang import, Milan Purovis tetapi gagal dimanfaatkan gandingannya, Abdulafees Abdulsalam.

Undang padah 

Percubaan awal itu juga mengundang padah buat skuad Penyu apabila penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee terpaksa dikeluarkan pada minit keempat selepas mengalami kecederaan dan digantikan Mohd Sharmiza Yusof.

Cubaan skuad The Bos Gaurus yang mempamerkan rentak permainan lebih kemas dengan hantaran tepat akhirnya membuahkan hasil menerusi pemain tengah, K Partiban yang melakukan sepakan menarik dari luar kotak penalti hasil hantaran Abdulsalam pada minit 28.
Aksi babak kedua menyaksikan pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim membawa masuk penyerang import baru, Javier Estupinan menggantikan Mohd Faiz Subri pada minit ke-57.

Pemain import gantian pelawat, Marco Tulio yang masuk menggantikan Purovis menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 apabila mudah menolak masuk bola menewaskan Mohd Sharmiza hasil hantaran Abdulsalam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.