Info Terkini :

Terengganu Hilang Tujuh Tonggak Skuad Sukma

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak akan goyah dengan ketiadaan tujuh tonggak dalam pasukan bagi menghadapi saingan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis, Mei ini.

Pengurus pasukan, Arpin Draman, berkata tujuh pemain skuad itu telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mewakili skuad kebangsaan.

"Kita telah daftar 25 pemain, termasuk tujuh pemain kebangsaan itu tetapi FAM tidak benar pemain itu bermain untuk temasya Sukma," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Oleh itu, beliau berkata, Terengganu akan mencari pemain gantian sebaik sahaja menerima surat daripada FAM.

Arpin, yang juga Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), berkata skuad Sukma negeri terdiri daripada kombinasi pemain Piala Presiden Terengganu dan T-Team.

Beliau berkata skuad Sukma di bawah bimbangan Azahari Salim telah meletakkan sasaran memenangi pingat emas pada temasya sukan itu yang bermula 24 Mei hingga 4 Jun ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.