Kuala Terengganu: Jurulatih Terengganu Abdul Rahman Ibrahim menyifatkan taktikal berkesan yang diperagakan pemain menjadi kunci kejayaan pasukannya menumbangkan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Beliau berkata, lebih membanggakan Terengganu berjaya merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada pasukan jiran Kelantan walaupun berkongsi 13 mata.
“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini walaupun pada awalnya corak permainan kurang meyakinkan ditampilkan pemain.
“Kejayaan ini juga menyuntik semangat pemain meningkatkan kualiti permainan apatah lagi kini memimpin carta liga,” katanya. Menurut pengendali berusia 68 tahun itu, pemainnya cepat menguasai rentak permainan sehingga berjaya mengekang asakan bertali arus pelawat yang tampak lebih bertenaga.
“Corak taktikal yang diterapkan menjadi terutama pada babak kedua, ditambah semangat kental pemain yang berjaya menghalang setiap gerakan pelawat.
“Selain itu, semua pemain melaksanakan tugas dengan berkesan, corak permainan berpasukan inilah yang harus dikekalkan untuk perlawanan seterusnya,” katanya. Dalam perlawanan itu, pemain pertahanan dari Cameroon, Vincent Bikana menceriakan 12,000 penonton apabila bijak menolak masuk sepakan sudut untuk gol kemenangan Terengganu 1-0 pada minit ke-16.
Abdul Rahman juga bangga dengan benteng termasuk penjaga gol yang hanya melepaskan dua jaringan daripada enam perlawanan liga.
“Kekentalan benteng harus dipuji kerana hanya melepaskan dua gol, tidak keterlaluan jika saya katakan Terengganu adalah antara pasukan terbaik setakat ini kerana berjaya mengurangkan jaringan bolos.
“Saya percaya jika momentum ini dikekalkan, hasrat Terengganu menguasai tangga teratas liga mungkin tercapai namun pemain perlu melipat gandakan usaha,” katanya. - Sumber