T-Team harap FAM adil jatuh hukuman setimpal ke atas pihak bertanggungjawab dalam kes 'Terowong Larkin'
Kuala Terengganu: Pengurusan T-Team berharap Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang pada Isnin atau Selasa ini, tidak pilih bulu dan mengenakan hukuman setimpal terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam insiden 'Terowong Larkin'.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh, berkata harapan pihaknya mahu melihat keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu adalah yang seadil-adilnya.
Beliau berkata, keputusan hukuman itu memang ditunggu bukan saja oleh pengurusan T-Team, malah semua pihak yang mengikuti perkembangan isu berkenaan sejak Februari lalu. - Sumber