Info Terkini :

PBSNT Perkemaskan Skuad Terengganu & T-Team

Kuala Terengganu: Semuanya masih belum tersusun rapi meskipun Terengganu berada di persada Liga Super selepas enam perlawanan.

Jendela perpindahan yang bakal dibuka selama sebulan bermula 23 Mac ini meresahkan bukan saja pemain import yang dikatakan akan diganti, malah pemain tempatan juga belum tentu lagi nasib mereka.

Sudah tentu penyerang Guinea, Mamadou Barry dan pemain Brazil, Marcio Souza da Silva paling tidak senang duduk kerana nama mereka sudah hangat diperkatakan berada dalam senarai digugurkan selepas pengurusan pasukan membawa beberapa pemain import baru untuk diuji.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman, semua itu dilakukan untuk memastikan skuad Penyu kekal menerajui liga dan tidak lagi kecewa seperti apa yang berlaku dalam saingan Piala FA menyaksikan pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu terkeluar awal selepas ditewaskan PKNS FC di pusingan kedua.

“Kami mahu sekurang-kurangnya menang satu piala musim ini dan selepas tragedi Piala FA baru-baru ini, sudah tentu kami mahukan skuad terbaik.

“Jendela perpindahan kali ini memberi kami peluang terakhir untuk mencari pemain yang jauh lebih baik dan seperti pasukan lain yang turut memperkasakan pasukan mereka, kami juga mahu membawa masuk sekurang-kurangnya dua penyerang berbisa,” katanya.

Arpin berkata, tiga pemain Terengganu juga akan menyertai pasukan T-Team dan perbincangan dijalankan antara kedua-dua pasukan untuk mengenal pasti pemain berkenaan.

Walaupun belum muktamad, beberapa nama seperti Khairul Ramadhan Zauwawi, Nik Zul Aziz Nawawi, Manaf Mamat, Fakhurazi Musa, Nor Hakim Hassan dan Ahmad Nordin Alias dikatakan berada dalam radar T-Team.

“Selain memperkemaskan pasukan Terengganu musim ini, kami juga perlu membantu pasukan ‘adik’ yang turut mencari pemain baru supaya tidak tersingkir.

“Semuanya masih belum terlewat kerana jurang mata di antara Terengganu dan T-Team tidak begitu jauh dan Titans cuma perlu menang beberapa perlawanan untuk berada dalam kelompok teratas liga,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.