Info Terkini :

Skuad Penyu Sedia Menerima Kunjungan TRW

terengganu vs kelantan 2014
KUALA TERENGGANU - Ketika Kelantan sedang mengharungi aksi tidak menentu dalam saingan Liga Super ekoran kekalahan terbaru 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kelmarin, Terengganu sedia menerima kunjungan pasukan jiran The Red Warriors di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Skuad Penyu kini berada pada prestasi terbaik mereka dan membuktikan bahawa kejayaan bergelar pendahulu liga bukan sekadar nasib apabila membenam ATM 3-0 dalam perlawanan di Stadium Selayang, kelmarin.

Dua tonggak utama, Mohd. Faiz Subri dan Abdul Manaf Mamat yang sebelum ini sering memanaskan bangku simpanan kembali menyinar apabila masing-masing meledak satu gol, sekali gus memberi amaran bahawa skuad Penyu mampu menjadi pencabar serius kejua­raan musim ini.

Kebangkitan mereka secara tidak langsung memberi lebih pilihan kepada ketua jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim dalam merencana dan merangka strategi baharu khusus­nya di bahagian serangan.

Meskipun berjaya mencatat nama selaku penjaring bersama skuad Penyu, namun Faiz tetap merendah diri dengan menganggap masih banyak yang perlu diperbaiki dalam permainannya.

“Secara keseluruhan, saya percaya kami semua telah beraksi dengan baik malam tadi (kelmarin)," katanya di sini semalam.

Dalam perlawanan itu, Abdul Manaf terlebih dahulu membuka jaringan buat Terengganu pada minit ke-23, disusuli jaringan oleh seorang lagi penyerang, Norfarhan Mohamad pada minit ke-77.

Faiz melengkapkan malam derita tuan rumah dengan gol ketiga Terengganu pada masa kecederaan.

Sementara itu, Abdul Manaf yang hampir sebulan tidak beraksi bersama pasukan akibat dibelenggu kecederaan menyifatkan jaringannya ketika menentang ATM sebagai pembakar semangat untuk terus mempamerkan aksi meyakinkan selepas ini.

“Saya kini sedia untuk diturunkan pada bila-bila masa, namun ia terpulanglah kepada percaturan jurulatih sama ada mahu menggunakan khidmat saya atau tidak selepas ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai desas-de­sus perpindahannya ke T-Team, pemain yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan ketika di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal sebelum ini itu berkata, sehingga kini, dia belum menerima sebarang kata putus mengenai perkara itu.

“Saya dan pihak pengurusan Terengganu setakat ini langsung tidak pernah berbincang mengenai perkara itu setakat ini.

“Mungkin (desas-desus perpindahan) itu hanya ura-ura sahaja.

“Apapun, jika perpindahan itu memberi kebaikan kepada negeri saya mahupun perkembangan karier saya, saya tidak ada masalah," katanya.

Terengganu kini berkongsi 16 mata bersama pasukan tangga kedua dan ketiga, Pahang serta Selangor. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.