Info Terkini :

Rombakan Kesebelasan Utama Membawa Tuah

Kuala Terengganu: Terengganu menganggap tindakan mereka merombak pemain import berbaloi apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 malam kelmarin.

Pengurus Terengganu Marzuki Sulong berkata, tindakan berani Abdul Rahman Ibrahim memasukkan pemain tempatan bagi menggantikan tenaga import sebagai tindakan bijak.

“Perubahan berani jurulatih dengan menggandingkan buat pertama kali Mohd Nor Farhan Muhamad serta Abdul Manaf Mamat di bahagian penyerang harus dipuji.

Ternyata ia menampakkan hasil, apatah lagi kedua-dua penyerang itu masing-masing menjaringkan gol.

“Sebelum ini posisi itu kerap menjadi milik penyerang import Mamadou Hady Bary dan Marcio Souza, bagaimanapun ketidakupayaan mereka memaksa kami melakukan perubahan,” katanya yang mengharapkan sentuhan berbisa dua penyerang tempatan itu mampu menggegar pintu gol Kelantan, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Marzuki mengakui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki sekiranya Terengganu berhasrat mengekalkan kedudukan di persada liga untuk bergelar juara. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.