Kuala Terengganu: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selamat dikunjungi pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan penyokong mereka ketika bertemu Terengganu, Sabtu ini.
Jaminan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Sulong yang juga pegawai keselamatan persatuan apabila ditemui Arena Metro semalam.
“Negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu itu yang yakin penyokong bola sepak tidak akan mencemarkan nama baik negeri dengan tindakan luar batasan ke atas pemain dan penyokong Johor DT.
“Saya tahu ramai yang tidak puas hati dengan nasib pemain T-Team, Evaldo Cocalves dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo kerana dikasari pegawai tertinggi PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor).
“Namun, tragedi dalam terowong itu sudah lebih sebulan berlalu dan sudah pasti kemarahan dan ketegangan yang dirasai penyokong bola sepak di negeri ini sudah berkurangan," kata Abdullah.
Beliau berkata, kebanyakan peminat bola sepak di sini dapat menerima yang pihak polis dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih menyiasat kejadian berkenaan.
“Saya percaya tidak akan ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa perlawanan Terengganu menentang Johor DT nanti.
Saya yakin, pasukan pelawat dan penyokong mereka dapat hadir menyaksikan perlawanan itu dengan aman.
“Saya tidak pasti berapa jumlah tiket yang dikhaskan kepada penyokong Johor DT, kemungkinan 100 keping sahaja dikeluarkan untuk pelawat, namun mereka boleh datang dan membeli tiket di stadium kami pada hari perlawanan nanti,” katanya.
Abdullah bagaimanapun mengaku, terdapat komen berbaur ugutan kepada penyokong Johor DT yang disuarakan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter.
“Namun, itu semua tidak serius dan kebanyakan mereka yang memberi komen di laman sosial bukanlah penyokong pasukan yang hadir memberi sokongan di stadium.
“Mereka cuma berbalas komen dengan penyokong Johor DT dan sudah pasti dalam banyak komen ditulis, ada yang menyuarakan perkara yang tidak dimaksudkan,” katanya.
Abdullah berkata, bukan T-Team tetapi Terengganu yang akan turun bertemu Johor DT dan sudah tentu sentimen penyokong Terengganu tidak seperti penyokong T-Team walaupun kedua-dua pasukan itu turut berkongsi peminat. - Sumber