Info Terkini :

PBSNT Nafi Sudah Jual Tiket Bertemu JDT


Kuala Terengganu: Tindakan keras akan diambil terhadap dalang sindiket penjualan tiket palsu membabitkan perlawanan Terengganu menentang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang dilaporkan mula dijual sejak empat hari lalu.

Pegawai Media Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Haslan Hashim berkata, perkara itu dipandang serius kerana implikasinya cukup besar selain boleh menjejaskan perlawanan yang dijangka menarik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Sabtu ini.

“Pihak kami melihat perkara ini cukup serius dan sekiranya kami dapat mengenal pasti individu terbabit dalam perkara ini, PBSNT tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas termasuk menyerahkan mereka kepada pihak polis,” katanya.

Haslan berkata, maklumat penjualan tiket palsu mula tersebar ketika perlawanan Liga Super membabitkan T-Team menentang Sarawak di SSINS, Sabtu lalu yang berkesudahan tuan rumah menang 2-0.

“Maklumat ini diterima daripada peminat setia yang ditawarkan tiket palsu dengan harga sebenar iaitu RM10 bagi tempat duduk tidak berbumbung dan RM20 berbumbung.

“Berikutan aduan itu, kami mengambil langkah awal termasuk memaklumkan tiket berkenaan palsu kerana tiada ciri-ciri keselamatan selain PBSNT belum lagi menjual tiket perlawanan berkenaan.

“PBSNT akan menjual tiket membabitkan perlawanan itu bermula Jumaat ini jam 10 pagi dan kami tidak bertanggungjawab terhadap tiket palsu yang dibeli penonton sebelum tarikh penjualan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan tiada penonton menggunakan tiket palsu memasuki stadium, PBSNT akan memperketatkan kawalan di empat pintu masuk selain menggalakkan penonton datang awal untuk mengelak kesesakan.

“Kami juga tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan berharap penonton kedua-dua pasukan menjaga disiplin selain tidak membawa bahan larangan termasuk mercun, suar dan bom asap yang boleh menjejaskan perlawanan,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.