Info Terkini :

Bukit Aman Ambil Keterangan Pemain T-Team

KUALA LUMPUR - Pihak polis yang meneruskan siasatan 'insiden terowong' telah menyoal siasat anggota pasukan T-Team semalam, lebih sebulan selepas kejadian sewaktu perlawanan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlaku.

Pemain dari Brazil Elvaldo Rodrigues dan pemain kelahiran Kedah, Hattapon Bun An telah disoal siasat oleh tiga anggota polis dari Bukit Aman di pejabat pengurusan T-Team di Kuala Terengganu.

Jurulatih kecergasaan pasukan itu, Stefano Impagliazzo dari Brazil turut disoal siasat.

Ketua Pegawai Eksekutif The Titans, Ab. Rasid Jusoh yang mengesahkan kehadiran tiga anggota polis itu berkata, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh dalam soal siasat yang bermula pukul 10 pagi hingga kira-kira 3 petang itu.

"Polis ke sini (Kuala Terengganu) untuk mengambil keterangan daripada Rodrigues, Hattapon dan Impagliazzo. Jadi, kami serahkan perkara ini kepada polis.

"Malah mereka ini telah memberi kerjasama dengan sebaiknya bagi membantu pihak polis menjalankan tugas mereka," katanya.

Sebelum ini pihak polis telah menyoal siasat pihak pengurusan pasukan JDT berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong menuju bilik persalinan pemain ketika waktu rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara kedua-dua pasukan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Bahru pada 1 Februari lalu.

Kekecohan itu telah menyebabkan T-Team enggan meneruskan permainan separuh masa kedua manakala sehari kemudian Elvaldo dan Stefano membuat laporan polis, mendakwa mereka dikasari oleh pegawai tinggi pasukan JDT.

Tindakan T-Team tidak meneruskan perlawanan menyebabkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada JDT, atas faktor T-Team bersalah kerana gagal meneruskan perlawanan atas faktor alasan keselamatan adalah tidak kukuh. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.