Info Terkini :

PDRM Beri Amaran Kepada Penyokong Terengganu, JDT

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi amaran kepada penyokong agar tidak menimbulkan provokasi melampau sepanjang perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba mencetuskan kekecohan pada perlawanan tersebut.

"Saya juga mengingatkan penyokong agar tidak membawa barang larangan seperti mercun, suar, senjata tajam ke dalam stadium.

"Kami akan melakukan pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton di pintu masuk stadium," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Bagi memastikan kelancaran perlawanan tersebut, Jamshah berkata sebanyak 250 anggota polis daripada pelbagai cawangan akan ditempatkan di luar dan dalam stadium bagi mengawal keselamatan penyokong. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.