Info Terkini :

Marcio Souza Da Silva Digugurkan Daripada Skuad Penyu


Marcio Souza Da Silva (tengah) digugurkan dari skuad Penyu

Kuala Terengganu: Pendahulu liga Terengganu turun menentang Kelantan malam ini tanpa penyerang import dari Brazil, Marcio Souza Da Silva yang sah digugurkan dalam mesyuarat khas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) petang kelmarin.

Bagaimanapun seorang lagi pemain import dari Guinea, Mamadou Hady Bary yang sebelum ini dikhabarkan akan digugurkan, masih dikekalkan dan bakal disenaraikan.

Setiausaha PBSNT, Arpin Draman berkata, keputusan menamatkan kontrak pemain dari Brazil itu dicapai hasil persetujuan PBSNT dengan penyerang itu dalam mesyuarat khas di pejabat persatuan itu petang kelmarin.

“PBSNT bersetuju untuk menamatkan kontrak Silva yang gagal beraksi dengan baik sehingga jendela kedua perpindahan pemain dibuka.

Bagaimanapun setakat ini kedudukan Bary masih belum diputuskan dan masih berada dalam senarai pemain Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, posisi Silva akan digantikan dengan pemain import baru dari Nigeria, Stephen Ayodele Makinwa, 30, yang sudah menandatangani kontrak dengan Terengganu semalam dalam misi memantapkan jentera serangan.

“Pada dasarnya PBSNT bersetuju mengikat bekas pemain kelab Lazio dan pemain kebangsaan Nigeria 2004 itu, bagaimanapun pemain yang baru tiba tengah hari kelmarin tidak dapat diturunkan bertemu Kelantan malam ini.

“Memang hasrat PBSNT untuk menurunkan pemain itu selepas kontrak Silva ditamatkan, tetapi beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan segera termasuk laporan perubatan dan sijil perpindahan menyebabkan kita perlu menunggu perlawanan dengan Sarawak minggu depan,” katanya.

Sementara itu, pengendali T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah membayangkan tugas getir bakal menanti anak buahnya untuk mengekang asakan LionsXII di Stadium Jalan Besar malam ini yang sudah pasti tampil dengan bersemangat dalam misi memburu tiga mata.

“Kunjungan kami ke Singapura sudah pasti untuk mengutip mata bagi mengukuhkan kedudukan liga, tetapi melihat prestasi pemain yang masih tercari-cari rentak, membuatkan kami perlu melakukan perubahan strategi,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.