Info Terkini :

Terengganu Lepas Teraju Liga Super

KUALA TERENGGANU: Hajat Terengganu untuk terus mengungguli carta Liga Super tidak kesam­paian apabila hanya mampu seri 1-1 ketika melayan kunjungan tetangga, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.

Dua pasukan jiran tetangga, Terengganu dan Kelantan terpaksa puas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Pada pertemuan sengit itu menyaksikan pelawat bermula garang dengan terus mengasak kubu pertahanan tuan rumah dan nyaris mengejutkan Terengganu menerusi rembatan kemas penyerang import, Mohamad Ghaddar seawal minit keempat, namun berjaya didakap kemas, Mohd Sharbinee Allawee.


Tersentak dengan percubaan awal itu, skuad Penyu bangkit melancarkan serangan balas menerusi jentera serangan yang diketuai, Nor Farhan Mohamad dan Abdul Manaf Mamat, namun beberapa percubaan menarik gagal menembusi gawang lawannya itu.

Pelawat yang mempamerkan aksi lebih kemas akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-15 apabila Mohd Shawky memanfaatkan hantaran silang Ghaddar sekali gus menewaskan Mohd Sharbinee untuk gol pembukaan Kelantan.

Berselang tiga minit selepas itu, pelawat berpeluang mengukuhkan kedudukan menerusi pemain baru mereka, Brendan Gan, bagaimanapun rembatannya sedikit tersasar.

Kesilapan pertahanan pelawat, Obinna Nwaneri menjatuhkan Faiz Subri mengundang padah apabila pakar sepakan percuma, Zairo Anuar Zailani terus menerjah jaring sekali gus menceriakan lebih 10,000 penyokong tuan rumah pada minit ke 35.

Apabila babak kedua bersambung, Terengganu pula terlepas menjaringkan gol menerusi Nor Farhan pada minit 46, apabila bola tendangannya melambung tinggi.
Empat minit selepas itu, palang pula menjadi penghalang buat Ghaddar menambah gol kedua Kelantan hasil hantaran silang kapten pasukan, Mohd Badri Radzi.

Pemain gantian Terengganu, Mamadou Hardy Barry terlepas peluang apabila tandukan derasnya diselamatkan Khairul Fahmi membuatkan keputusan 1-1 itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.