Info Terkini :

Lupakan Tragedi, Fokus Lawan Kelantan

Kuala Terengganu: “Lupakan detik hitam ketika berada dalam pesawat pagi Rabu lalu sebaliknya minta rakan sepasukan fokus terhadap perlawanan malam esok,” kata penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menjelang pertemuan dengan jiran Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Selain itu, Sharbinee yang boleh dikategorikan penjaga gol terbaik setakat ini kerana hanya melepaskan lima gol berbanding pasukan lain turut mengingatkan rakan sepasukan tidak mengambil mudah perlawanan itu sebaliknya perlu bekerja keras dalam usaha mengutip mata penuh.

“Biarpun majoriti pemain mungkin trauma berikutan insiden yang menakutkan berlaku dalam pesawat Malindo Air pagi Rabu lalu, saya harapkan mental pemain tidak terganggu.

“Saya berharap mereka bertekad untuk menundukkan lawan bagi mengekalkan momentum kedudukan teratas liga serta tidak memandang mudah keupayaan lawan biarpun pasukan itu diaibkan Johor Darul Ta’zim di laman sendiri Selasa lalu,” katanya.

Pada pagi Rabu lalu ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Kuala Terengganu, 49 penumpang termasuk 20 pemain Liga Super Terengganu dan sembilan pegawainya berdepan situasi menakutkan apabila pesawat membawa mereka terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas selepas enjin sebelah kiri terbakar. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.