Info Terkini :

Tiada Kompromi Isu 'Terowong Larkin'

Kelana Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji tidak akan berkompromi dalam menyelesaikan isu ‘terowong Larkin’ biarpun jika terpaksa membawa Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata bagaimanapun sebarang keputusan menghadapkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) ke jawatankuasa berkenaan perlu berdasarkan bukti kukuh.

“Mengikut proses Jawatankuasa Tatatertib, pihak sekretariat dan Jabatan Undang-Undang terlebih dahulu akan melihat segala bukti dan juga laporan yang dibuat. Insya-Allah minggu depan, jika ada kes, kita akan bawa ke Jawatankuasa Tatatertib kerana dikatakan berlaku pertelingkahan atau pergaduhan.

“Perlu dinyatakan di sini, FAM tidak akan berkompromi dalam hal ini. Jika FAM mendapati perlu untuk membawa TMJ ke Jawatankuasa Tatatertib, kita akan bawa. Jika itu yang diperlukan, kita tiada kompromi. Itu semua selepas kita melihat apa hasil siasatan yang dibuat,” kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM, petang semalam.

Kes berbeza 

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, keputusan untuk memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah isu berbeza dengan kekecohan berlaku di terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu.

“Biarpun JDT sudah diberikan kemenangan 3-0, apa yang berlaku dalam terowong itu belum mempunyai titik noktah. Jika ada kes, ia akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib.
“Apa pun memandangkan laporan polis juga sudah dibuat kedua-dua pasukan, itu FAM serahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan. Apa yang FAM buat ini adalah mengikut bidang kuasa kita iaitu berdasarkan peraturan tatatertib FAM,” kata Afandi. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.